My Life 4 Ever

My Life 4 Ever

Thursday, November 4, 2010

Harapan

Awan kelabu menyelubungi diri
Ribut melanda segenap fikiran
Penderitaan bagaikan darah daging
Lautan airmata melemaskan diri
Bebaskan daku

Dihujung sana kulihat
Keindahan dan keriangan
Aroma mesra
Memukau sukma
Kasih sayang
Melimpah ruah
Kebahagiaan merupakan
Suatu realiti....tetapi
Hanya disana

Aku cuba berjuang
Membebaskan diri
Bergelut dalam segala kepayahan
Dengan harapan
Penderitaan itu berlalu
Usahlah mendera diriku lagi
Kerana aku
Sudah bosan berduka
Dan kini mendambakan
Sejalur...bahagia

No comments:

Post a Comment