My Life 4 Ever

My Life 4 Ever

Sunday, June 19, 2011

Kata-kata Cinta

Cinta seperti matahari,ia tetap bercahaya.Walau malam menjelma,Cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa.Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosongan.Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus talinya.

Cinta adalah buta....cinta tidak mengenal usia,paras rupa,mahupun kekayaan dan harta karun,tetapi keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai,mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.Jika cinta yang suci tidak datang daripada tabiatnya maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta.Suka tidak serasi dengan cinta.Kagum tidak bererti cinta.Bangga tidak semestinya cinta.Cinta adalah CINTA...

Cinta itu seperti sinar matahari,memberi TANPA mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari,TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinar.Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DIHATI..

Cinta umpama 'treasure hunt'.Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling menggembirakan.Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.Andainya tidak mampu meneruskan,kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dikebas orang lain.Tetapi tak usahlah kecewa.Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi,tetapi keseronokkannya telah kita rasai.Jadi bercintalah sepenuh hati.Namun janganlah meletakkn harapan yang terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan,terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takaut kau berpaling dan menjauhinya.Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu.....barulah kau sedari bahawa dialah cinta yang tak pernah kau sedari....

Cinta suatu yang indah,cinta boleh membuat kita rasa gundah,cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kekesalan yang tak sudah...